variasi cerita mereka jaja
dari yang lutsinar kelihatan
sehingga legap yang mereka gilap
xcukup dengan buruk orang yang diselongkar
yang baik pun menjadi isu
salah pulak bila orang berbuat baik
dikatanya membodek
dikatanya mengipas
manusia cuba sedar
kalau semua yang hitam di sapu arang
lagilah gelap
yang putih pun tidak la katenye cantik berseri
tapi cukuplah
apa yang dilihat biarlah ia kekal sebagai sesuatu yang dilihat
yang didengar pulak cukuplah sekadar lintasan di telinga
dan apa yang dicakap jagalah bait tuturnya
kamu mahu mengumput teruskan usahamu
dan yang mendengar berdoalah agar si 'kamu' itu berubah
dan janganlah kau libatkan dirimu dalam onar dan dosa itu
senyum dan berlalulah pergi
tinggalkan pengumpat itu
bukan tempat engkau itu
No comments:
Post a Comment